ANTARA MANDAT DAN PEREBUTAN JAWATAN
Perletakkan jawatan Tun sebagai PM telah membawa kepada berlakunya kemelut politik dalam negara. Dalam masa yang sama, rakyat pula sedang berhadapan dengan bahaya penularan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa.
Akhirnya dengan kebijaksanaan YDPA, satu penyelesaian telah diputuskan untuk mengatasi isu politik tersebut. Maka terbentuklah sebuah kerajaan baru atas perkenan YDPA sendiri.
Sebaik sahaja tertubuhnya kerajaan baru yang digelar sebagai Perikatan Nasional (PN) ini, di antara 2 perkara paling utama ditumpukan adalah menangani segera masalah penularan wabak Covid-19 dan berusaha mengawal ekonomi negara agar tidak terus merudum.
Sementara itu pihak bekas kerajaan lama yang sudah bertukar status menjadi pembangkang pula masih berterusan berpolitik. Mereka saling menyerang sesama sendiri dalam perebutan kuasa yang seolah-olah tiada pengakhirannya.
Di sebalik serangan sesama sendiri, pihak pembangkang juga dilihat berterusan menghentam pihak kerajaan yang sedang bergelut sedaya upaya untuk memastikan ancaman berbahaya Covid-19 ini dapat ditangani.
Lebih memalukan dan memualkan lagi, pihak pembangkang seolah-olah langsung tidak beretika dalam berpolitik apabila berterusan mengkritik hampir apa saja keputusan yang dilakukan oleh kerajaan meskipun realitinya rakyat semua mengetahui bahawa penularan Covid-19 ini telah gagal ditangani pada peringkat awal semasa pihak pembangkang sendiri yang memerintah.
Sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang dilihat tidak pernah berubah mentaliti dan akhlaq ini sungguh amat disesali. Lebih-lebih lagi apabila mereka berterusan menyerang kerajaan yang pada masa sama tidak memiliki apa-apa peluang untuk pertahankan diri lantaran komitmen tinggi untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara.
Bukan sekadar pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja yang menyerang kerajaan, malah pelbagai NGO yang ditaja oleh pembangkang juga turut digunakan sebagai lidah dan suara mereka.
Strategi doktrin daripada meratib “ini semua salah Najib” mula ditukar kepada zikir terbaru yang berbunyi “pulangkan mandat rakyat” dan “kerajaan tebuk atap” menjadi pilihan dalam utama dalam serangan mereka terhadap kerajaan PN ini. Meskipun hakikatnya merekalah sebenarnya pengkhianat terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat ketika PRU14 yang lalu.