Benjol kepala terhantuk di kerusi, adik Iman akhirnya pergi temui Ilahi
Selepas sembilan bulan menderita, Muhammad Iman Al-Khausar Ismail yang terhantuk kepala di kerusi sehingga mengalami benjolan disahkan meninggal dunia semalam.
Berita sedih tersebut dikongsi ibunya, Nursasabila Kamarulzaman di laman Facebook yang memberitahu kanak-kanak berusia tiga tahun itu telah pergi menemui Ilahi setelah lama menanggung kesakitan.
Al-Fatihah!
Posting berkenaan menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan takziah serta berharap dia dan seluruh keluarga tabah menghadapi kehilangan tersebut.
Posting dikongsi sebelum ini
Terdahulu, Muhammad Iman terjatuh sebelum kepalanya terhantuk ketika bermain di rumah pada 17 September tahun lalu sebelum menghadapi beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman pada darah.
Kisah kanak-kanak yang dilahirkan secara normal itu sering dikongsi oleh pengguna media sosial yang prihatin dengan nasibnya selain memberi kata-kata semangat buat keluarga Allahyarham.
Sumber : Nursasabila Kamarulzaman