Demi Nak Rai Cucu Tamat Belajar Nenek Rela ‘Berkaki Ayam’ Setia Menanti Dengan Sejambak Bunga

Graduasi merupakan hari yang sering dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan salah satu momen untuk dirayai bersama ibu bapa dan juga ahli keluarga yang selama ini banyak  membantu dan menyokong.
Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar seorang wanita bersama sejambak bunga dengan penampilan yang sangat sederhana sedang menunggu seseorang di luar sekolah.
Menerusi perkongsian guru dari Sekolah Ban Mae Salit Luang Wittaya di Thailand di laman Facebooknya,  beberapa gambar yang tular itu dipercayai nenek kepada salah seorang pelajarnya,
Gambar yang telur menunjukkan kekaguman wanita tersebut dengan baju yang lusuh dan tidak memakai selipar sedang memegang sejambak bunga dipercayai untuk diberikan kepada cucunya semasa majlis graduasi sekolah tersebut.
Perkongsian guru tersebut di laman Facebooknya bersama mesej untuk pelajar sekolah yang telah bergraduasi berserta gambar nenek tersebut menyentuh hati netizen.
Nenek tersebut setia menunggu di luar bangunan sekolah beserta sejambak bunga sehinggalah muncul cucunya yang lengkap memakai gaun gradusi.
Jelas terpancar keriangan dari wajah nenek dan cucunya.
Melalui perkongsian guru tersebut, nenek itu sangat gembira menunggu cucunya yang telah berjaya menamatkan sekolah dan guru juga mengatakan nenek itu tersenyum gembira dan menyuruh cucunya untuk menikmati hari graduasinya.
Jika dilihat hanya pada gambar ini, terbuktilah bahagia bukan pada kemewahan ataupun duit semata. Tetapi ia datang dari keilkhlasan kasih sayang dari ibu bapa dan keluarga. Hargailah segala pengorbanan ibu bapa dan keluarga kerana merekalah penyokong setia kita.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!