PRK Chini: Keputusan PH tarik diri tepat, elak dapat malu besar jika kalah teruk
Pemerhati politik menyifatkan Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan tepat apabila tidak bertanding di Chini kerana ia hanya akan memberikan persepsi negatif buat gabungan tersebut.
Pemerhati politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir menyifatkan ia keputusan yang matang dibuat PH selepas mereka tewas dalam lima PRK sebelum ini.
“Saya percaya mereka melihat faktor-faktor yang akan membawa kepada kekalahan jika bertanding.
“Selepas tewas lima kali berturut-turut dalam PRK sebelum ini, ia memberi imej tidak baik jika terus tewas dalam PRK kali ini,” katanya kepada Malaysiakini
Tambah Jeniri, dalam situasai negara ketika ini, diharap tidak ada pihak termasuk calon bebas akan bertanding dalam PRK Chini.
Bagi penganalisi politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata Chini merupakan laluan sukar untuk PH di Pahang.
Mendakwa prestasi kerajaan PN diterima baik rakyat ketika ini, Mohd Azizuddin berkata agak mustahil untuk PH berpeluang menang di kubu kuat BN itu.
Bagaimanapun katanya, jika ada pertanding ia memberi peluang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) berkempen ketika negara masih berdepan wabak Covid-19.
“PRK Dun Chini susah sikit untuk dimenangani PH, ia kubu kuat BN. Tapi jika ada pertandingan kita dapat melihat sejauh mana persediaan dan pendekatan SPR mengendalikan kempen ketika Covid-19.
“Selain itu kita juga dapat melihat sejauh mana kerjasama dalam komponen PN ketika PRK itu nanti jika ada pertandingan,” katanya.