Sejarah baru bakal tercipta, seluruh negara menunggu pengumuman PM jam 3 petang ni

Seluruh negara menunggu 3 petang ini
Tinggal beberapa jam lagi sebelum Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkembangan terkini PKP.
Jam 3 petang nanti rakyat Malaysia akan tahu sama ada PKP ditamatkan atau dilanjutkan atau mungkin juga digantikan semi EMCO di kawasan beris1ko tinggi.
Apapun pengumuman PM, kita telah menjadi sebahagian sejarah apabila pertama kali negara menguatkuasa PKP pada 18 Mac lalu.
Peny4kit kor0na v1rus 19 atau C0VlD19 telah mengubah kehidupan manusia sejagat termasuk kita semua di Malaysia.
Tidak pernah terbayang, rutin harian kita berubah sekelip mata. Jalan raya sunyi sepi, pusat beli belah ditutup, pengangngkutan awam henti operasi, lapangan terbang ditutup malah kedai serba aneka yang beroperasi 24 jam 365 hari setahun, 7 Eleven beroperasi dengan had masa.
Sejak 18 Mac, kita jaga kita biarpun saling tidak kenal. Setiap hari kita berdoa tiada rakyat kita dij@ngkiti dan meningggaI dunia.
Sejak PKP, kehidupan kita semua terkesan. Suka atau tidak, ia pengalaman yang akan dicatat dalam sejarah negara ini.
Masak apa tak jadi jadi hari ini, Cik Kiah sehinggalah tarian shuffle Ke Sana Ke Sini, ia akan kekal dalam ingatan kita.
Tiada tradisi Balik kampung sempena Aidilfitri, sambutan Hari Kaamatan dan Pesta Gawai tidak seperti kebiasaan adalah peng0rbanan kita untuk negara.
Sumbangan dan jasa barisan hadapan tidak mampu diungkap dengan kata -kata.
Jngkitan dalam kalangan rakyat tempatan kerana kepatuhan SOP adalah kejayaan awal untuk semua rakyat Malaysia.
Apapun keputusan diumumkan nanti, kita semua akan terus hidup dengan cara baharu ‘ditemani’ C0vi1d19.
Tiada siapa tahu bila kita akan kembali hidup norma biasa. Harapan kita agar v4ksin ditemui segera.
Sumber: KKM