Tiga bulan teman menantu & cucu Jakarta, ibu Ashraf Sinclair pulang ke Malaysia
Pemergian anak sulungnya pada pertengahan bulan Februari yang lalu membuatkan ibu kepada pelakon Ashraf Sinclair terbang ke Jakarta untuk bersama menantunya Bunga Citra Lestari serta cucu tersayang, Noah Sinclair.
Khadijah Abdul Rahman telah berada di Indonesia lebih kurang 3 bulan iaitu di rumah menantu yang kehilangan suami secara tiba-tiba. Pastinya tempoh masa itu diisi dengan menemani sang menantu yang masih bersedih dengan pemergian Ashraf.
Pulang ke Malaysia
Semalam, Khadijah telah memaklumkan berangkat pulang ke Malaysia dan akan dikuarantin selama 14 hari sebelum kembali bertemu dengan suami serta anak cucunya yang lain.
Temani menantu dan cucu
Dia yang turut menyambut Aidilfitri disana dilihat langsung tidak berenggang dengan menantunya lebih-lebih lagi ketika pendemik ini yang menyarankan semua orang berkurung dirumah sahaja.
Sepanjang Ramadan mereka beribadah bersama-sama bagi terus meredhai pemergian Ashraf.
Tiga bulan di Jakarta
Perkongsian tersebut sedikit sebanyak mengundang rasa sebak kepada warganet yang mengagumi keperibadian ibu mertua seperti Khadijah.
Walaupun diri sendiri turut berduka, Khadijah tetap tersenyum bersama menantunya, Bunga yang lebih terasa dengan pemergian suami.
Terima kasih Umi kerana beri masa buat Bunga
Rata-rata warganet telah memuji Khadijah sebagai seorang ibu yang hebat dan luar biasa kerana sanggup berjauhan dengan keluarga di Malaysia demi dekat dengan menantu, cucu serta pusara anak sulungnya.
Terharu dengan kasih sayang setulus ini
Semoga terus diberi kesejahteraan
Ibu mertua yang luar biasa
Sumber : Dida Sinclair