Umno dan Pas rasis kerana mahu kerajaan tanpa DAP
Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew menyatakan bahawa cadangan UMNO dan Pas supaya kerajaan diwujudkan tanpa penglibatan DAP disifatkan rasis.
Kok Yew berkata, ia merupakan taktik lama kedua-dua parti itu selepas meletakkannya sebagai salah satu syarat untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, DAP tidak pernah mengamalkan sentimen rasis dalam kepimpinan mereka malah meletakkan rakyat sebagai agenda utama.
“Ini memang taktik Pas dengan UMNO. Dari dulu sampai sekarang, taktik politik sahaja untuk cuba memainkan sentimen rasis untuk kata DAP itu ini (rasis), yang penting kita ini berjiwa rakyat, agenda ni kita utamakan.
“Dalam keadaan yang genting ini masih ada orang ada kepentingan sendiri untuk jaga pemimpin mereka yang mungkin akan masuk lokap atas kes mahkamah, maka mereka terpaksa buat kelompok sendiri.
“Ini tak patut berlaku, rakyat akan nampak jelas lagi selepas isu ini siapa yang putih siapa yang hitam. Saya berharap rakyat faham apa yang diperlukan untuk masa depan Malaysia yang cerah,” katanya ditemui media di Alor Setar hari ini.
Kok Yew berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memohon agar Parlimen dibubarkan jika kerajaan perpaduan yang akan dibentuk memasukkan DAP sebagai salah satu parti gabungan.
Tegasnya, Pas dan UMNO melalui Muafakat Nasional bersedia menyokong Dr Mahathir bagi membentuk gabungan baharu dengan syarat tidak melibatkan DAP.
Tambah Kok Yew, tindakan tersebut dianggap tidak wajar selepas Pakatan Harapan telah diberi mandat sah oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) lalu.