Berjaya Salin 30 Juzuk Ayat Al-Quran, Penulisan Tahriri Lelaki lni Raih Pujian

Tidak dapat dinaf1kan bahawa sesetengah orang sememangnya dikurniakan dengan bakat serta kepakaran seni yang sangat bagus tidak kira sama ada seni bernyanyi, berlakon, melukis, penulisan dan sebagainya.
Bagi yang melayari laman Twitter, anda pasti tahu bahawa sekarang wujudnya ‘trend’ di mana warganet berkongsi mengenai kepakaran masing-masing.
Tidak terkecuali, seorang pengguna Twitter, Ahsanul Fikri juga berkongsi mengenai tulisan tangannya yang mendapat perhatian ramai.
Dihubungi pihak Siakap Keli, Ahsanul berkata tulisan tersebut dipanggil sebagai penulisan tahriri iaitu salinan tulisan tangan ayat Quran.
Menurutnya, gambar yang dimuatnaik olehnya diambil semasa menjalani pengajian Persijilan Tahfiz di Darul Quran tahun 2017/2018.
Antara keperluan program itu ialah perlu membuat salinan bertulis tangan ayat Quran yang dihafal dan beliau telah berjaya menyalin 30 juzuk ayat Al-Quran.
Tambahnya lagi, dia telah belajar tulisan tersebut sejak dari sekolah menengah lagi iaitu pada usia 13 tahun.
Ahsanul yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkata pada awalnya agak susah untuk membuat tulisan tersebut dan menghadapi beberapa kesalahan seperti tersilap baris dan tertukar ayat.
Namun dengan hasil latihan yang kerap, ia dapat dilakukan dengan mudah dan sehari boleh menulis sebanyak sejuzuk.
Walaupun dia kini tidak lagi membuat penulisan tahriri namun dia tetap membelek ayat-ayat tersebut dan menyemak semula hafalan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet yang membanjiri komen memberikan reaksi yang positif dan memuji penulisan tersebut.
Sumber: sk