Suami curi2 ambil gambar ‘Mek Korea’, Maryam khusyuk baca Al-Quran
Sejak akhir-akhir ini, Ryzal Ibrahim pemuda dari Malayisa dan isterinyan yang berasal dari Korea, dikenali sebagai Maryam sering menjadi perhatian netizen.
Kisah pasangan tersebut mula menjadi viral di media sosial, susulan daripada video-video yang dikongsikan telah berjaya menghiburkan para netizen.
Khusyuk Maryam baca Quran
Umum sedia maklum, Maryam adalah seorang muallaf dan masih dalam proses mengenali Islam. Menerusi, IG story yang dikongsi Ryzal memaparkan isterinya itu sudah mula belajar membaca kitab suci Al-Quran.
Belajar kenal Islam
Kelihatan Maryam dalam keadaan bertelekung, sedang khusyuk membaca dan memahami isi kandungan naskah Al-Quran yang dibacanya.
Perkahwinan Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, pemuda asal Kelantan, dengan wanita Korea, You Narae dengan nama Islamnya, Maryam pernah mendapat liputan media.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 Ogos 2019, di Masjid Itaewon, Seoul .
Sumber : Ryzal Ibrahim