Restoran diarah turunkan hiasan ayat al-Quran
Port Dickson: Pengusaha sebuah restoran di Lukut, di sini, diberi amaran supaya tidak mengelirukan pengguna Muslim dengan hiasan ayat al-Quran kerana premis perniagaan itu dimiliki orang bukan Islam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pihaknya membuat pemeriksaan Ops Halal KPDNHEP Cawangan Port Dickson bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan di sebuah restoran, hari ini.
"Pemeriksaan awal mendapati tanda harga ada dipamerkan dengan baik. Premis didapati mempamerkan logo halal Jakim namun pemeriksaan lanjut sebenarnya tidak mempunyai perakuan pemegang sijil halal.
"Pihak JHEAINS memberikan amaran supaya logo berkenaan ditanggalkan serta-merta bagi mengelakkan kekeliruan pelanggan," katanya ketika dihubungi tadi.
Katanya, tindakan diambil oleh KDN selepas ayat suci al-Quran yang tidak jelas dipamerkan kerana pemilik premis mengaku ada perkongsian dengan rakan niaga Islam dan bukan Islam.
"Pemeriksaan di premis mendapati pengusaha menggantung bingkai ayat suci al-Quran yang diuruskan oleh pekerja Islam tetapi dimiliki oleh pemilik bukan Islam.
"KDN mengarahkan bingkai mengandungi ayat al-Quran yang tidak jelas diturunkan dan peniaga diberi amaran supaya tidak mengelirukan pengguna Muslim," katanya.
Ain Arjuna berkata, pihaknya bagaimanapun mendapati premis itu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Semua pelanggan yang hadir ke premis menjalani pemeriksaan suhu badan di pintu masuk dan merekodkan data secara manual atau menggunakan aplikasi MySejahtera.
"Kami akan terus memantau peniaga yang menjalankan perniagaan yang boleh mengelirukan orang ramai dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan ayat suci al-Quran di premis perniagaan mereka," katanya.