Ds Ismail Sabri Menjelaskan SOP Untuk Majlis Perkahwinan Selepas Timbul Isu Salah Faham
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengegaskan sebarang majlis sosial termasuk majlis perkahwinan masih tidak boleh dianjurkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menerusi sidang media yang berlangsung semalam, Ismail berkata, prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPB masih berkuatkuasa seperti yang diumumkan kerajaan.
“SOP kita masih sama di tempat lain iaitu setiap majlis perayaan atau majlis sosial tak dibenarkan.
“Majlis perkahwinan, sambutan hari jadi yang besar-besar ni masih tak benarkan.
“Setakat hari ini statusnya sama tak ada kebenaran di dewan atau di rumah terutamanya,” katanya.
Tambah Ismail, SOP yang lebih terperinci akan diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama hari ini (Selasa).
“Menteri Hal Ehwal Agama akan bentangkan SOP tentang pernikahan, bukan majlis kahwin. Itu pun saya tak pasti sama ada nikah akan dibuat di rumah atau pejabat agama saja.
“Kalau agama lain, mereka mendaftar di pusat pendaftaran agama mereka.
“Tapi untuk akad nikah pasangan Islam, SOP sama ada di rumah atau pejabat agama, esok akan dibentangkan menteri.
“Tapi ia hanya SOP tentang pernikahan bukan majlis perkahwinan besar-besaran yang melibatkan jumlah ramai.
“Seperti yang kita bincang tempoh hari, pernikahan dibenarkanlah. Nikah tak perlu upacara ramai,” katanya lagi.
Untuk rekod, kerajaan pada Sabtu lalu mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri di semenanjung selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.
Hanya tiga negeri tidak terlibat dengan PKPB berkenaan iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan.
baru baru ni viral kisah Yb tak ikot Sop
L4nggar SOP, Menteri Tampil Mohon Maaf
Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman memoh0n maaf selepas dipercayai melanggar prpsedur standard operasi (SOP) Perlntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Permohonan maaf itu dibuat beliau berkaitan satu gambar dik0ngsinya menerusi laman Instagram, sedang menyambut majlis ulang tahun kelahiran di satu lokasi di Selangor tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjrakan fizlkal.
“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP C0VID 19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorang wakil rakyat untuk bergerak dalam Selangor, negeri saya bermastautin.
“Saya rela dislasat oleh pihak berkvasa jika tlndakan saya melanggar sebarang SOP C0VID 19. Terima kasih,” ciap beliau menerusi Twitternya, pagi semalam.
Bagaimanapun, hantaran gambar di Instagram beliau bersama empat rakannya yang mendapat kecamann netlzen sejak kelmarin, sudah dipadamkan.
Pemimpin muda DAP itu sebelum ini kerap turun ke kawasannya di Bentong, Pahang untuk menyampaikan sumbangan dan menemui penduduk yang memerlukan bantuan
Gambar: Astro Awani