Ini Kata Kata Minta Maaf MP Bintulu Kepada Dr Noor Hisham Selepas Tempoh Hari Menjatuhkan Reputasi Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkongsi semula muat naik lawatan beliau serta timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong ke negeri Sabah.
Menerusi muat naik status di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, beliau sendiri turun ke padang untuk melihat kesiapsiagaan pasukannya di lapangan pada Ogos lalu.
“Saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan makmal kesihatan awam Kota Kinabalu yang telah dipertingkatkan keupayaan makmal melaksanakan ujian RT-PCR kepada 2,500 ujian seharian.
“Saya juga sempat melibat urus dengan warga makmal dan petugas kesihatan di lapangan untuk memdengar sendiri segala isu dan cabaran terkini,” kongsinya di laman Facebook beliau pada Sabtu.
Di samping itu, Dr Noor Hisham berkata, beliau turut melaksanakan libat urus dengan semua ketua jabatan dan pakar perubatan dan kesihatan awam di Sabah secara sidang video.
Selain itu, bukan sahaja beliau, Dr Chong Chee Keong turut berkunjung ke Sabah baru-baru ini.
“Timbalan saya, Datuk Dr Chong Chee Keong turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini.
“Beliau masih menjalani tempoh kuarantin 14 hari sejurus kembali dari negeri Sabah.
“Insya-Allah kita menggalas tanggungjawab bersama memutuskan rantaian jangkitan COV-19 dalam negara,” katanya.
MP Bintulu akhirnya ins4f, Minta Maaf
AHLI Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di atas kenyataan yang dikeluarkannya di Parlimen pada Rabu lalu.
“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021.
“Langsung tidak terdetik untuk saya men4fikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.
“Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Permohonan maaf itu menyusul selepas beberapa hari pemimpin berkenaan menerima tek4nan daripada ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang.
King Sing pada Rabu lalu mendakwa Dr Noor Hisham ‘takut m4ti’ kerana tidak turun padang di Sabah ketika pandemik Cov-19.
Dr Noor Hisham dalam maklum balasnya pada hari yang sama berkata isu ‘takut m4ti’ tidak timbul kerana beliau tetap melaksanakan tugasnya membendung penularan Cov-19.
Malah ujarnya, kem4tian boleh berlaku di mana-mana sahaja kerana yang penting adalah niat untuk melakukan tugas. – THE STAR
Ahli Politik Vs Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan
“Terdapat kritikan daripada seorang ahli politik kononnya ketua kami ‘tidak turun padang’ . Ditambah lagi dengan tuduhan yang kononnya beliau ‘takut m4ti’.
Tan Sri Ketua Pengarah kami lebih efektif memerah otak memikirkan strategi untuk menghentikan Cov. Sedang ahli-ahli politik tidur lena, beliau ttidak lena tidur memikirkan kaedah kawalan terbaik bersama-sama semua pasukan KKM.
“Beliau bukan seperti sesetengah ahli politik yang gemar datang ke hospital, meminta layanan khas dan menghabiskan masa hanya untuk mendapatkan gambar yang boleh diletakkan dalam media mereka untuk menunjukkan mereka bekerja, sedangkan mereka tidak pun membantu, malah menyusahkan orang.
“Rakyat boleh menilai ‘nilai’ ahli politik – sama ada membantu atau menyusahkan usaha dalam perang Cov-19. Yang membantu tentulah kami sanjung dan berterima kasih. Namun ada yang terlepas dari undang-undang dan masih ke sana ke mari tanpa ‘mask’ tanpa peduli luluh hati ‘frontliners’ yang dapat melihat ‘sabotaj’ terhadap perang ini.
“Ramai yang ‘cakap banyak’ tanpa sekelumit pun usaha untuk membantu. Gaji masuk, elaun masuk, tetapi kerja bukan memudahkan sebaliknya menyusahkan. Untuk menunjukkan contoh memakai ‘mask’ supaya pengikut mereka dan rakyat ikut pun tidak.
“Kalau kami melakukan yang sedemikian, kami teramat malu. Begitu sekalikah rendahnya moral mereka sekarang hingga serendah ini hati budi mereka dipamerkan ke seluruh dunia tanpa sedikit pun rasa malu?
“Rakyat juga boleh menilai siapa yang bertanggungjawab menyebabkan Cov-19 merebak kini dan siapa yang bekerja keras menerima hantaran kesan daripada tindakan mereka. Mereka cetuskan Cov-19, tetapi kami yang menerima beban hasil ‘kerja’ mereka dan uruskan. Lengkung graf telah berjaya didatarkan sebelum ini, tetapi diledakkan kembali oleh tindakan mereka serta masih, dengan tebal muka menyalahkan rakyat, dan pastinya bukan mereka.
“Kami bersama-sama Tan Sri Ketua Pengarah, serta memahami komitmen dan tugas mereka yang amat berfokus memikirkan cara, serta strategi menyelesaikan semua masalah yang mereka timbulkan. Seorang jeneral perang harus melakukan strategi dan untuk sampai ke tahap itu, beliau pernah berperang di lapangan sebelum ini seperti kami sekarang.
Kami di KKM, bukan ahli politik dan sentiasa berada di atas dari semua politik ahli politik. Kami hanya mahu profesional dalam usaha kami memenangi perang virus ini.
Sesungguhnya, kedangkalan dan kerendahan moral seseorang boleh dilihat dengan mudah dari apa yang keluar dari mulut mereka.
-Dr Alzamani Mohammad Idrose, Frontliner
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!