Najib desak Kerajaan PN tubuh RCI siasat mana hilangnya RM10 billion duit Tabung Haji


Tak benar bahawa saya dan pihak UMNO tidak tuntut RCI untuk Tabung Haji.

Kami dah berulang-kali tuntut dari zaman gagalkrasi PH sehingga zaman kerajaan PN ini untuk membersihkan nama BN daripada tuduhan merapu PH berhubung Tabung Haji dan juga untuk membongkarkan kerosakan yang PH buat atas Tabung Haji.


Entah berapa puluh kali kami tuntut RCI.

 

Tapi masih tidak kesampaian.

 

Di bawah ini pula respon netizen yang bersetuju dengan cadangan DS Najib jika RCI ditubuhkan untuk menyiasat ke mana hilangnya duit Tabung Haji semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

 

 

Diharapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil langkah proaktif mendengar idea DS Najib Razak dan rakyat yang sangat inginkan sebuah jawatankuasa untuk menyelidik bagaimana TH boleh mengalami kerugian yang sangat besar sehingga terpaksa menggadaikan aset dan mengurangkan hibah buat penyimpan di Tabung Haji.