Umur dah 41 tahun, suami Lana Nodin tak kisah sama2 belajar agama dengan anak
Pelakon kelahiran Sarawak, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin merupakan antara artis Malaysia yang bernikah dengan ‘Mat Salleh’.
Dikurniakan dua orang cahaya mata, pelakon berusia 40 tahun itu kelihatan begitu bahagia dengan suami tersayang iaitu Mohd Daud McKienzie.
Malah pelakon filem Lagenda Budak Setan 2: Katerina itu juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga di media sosial buat tontonan para peminatnya.
Suami belajar agama dengan anak
Baru-baru ini, Lana telah memuat naik beberapa video suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah.
Bersyukur dengan keluarga
Menerusi perkongsian tersebut, suami dan anaknya sedang mempelajari cara dan bacaan dengan betul ketika menunaikan solat.
Dalam kapsyen yang ditulis oleh Lana, dia bersyukur mempunyai keluarga bahagia dan bangga dengan apa yang mereka sedang lakukan bersama.
Semua orang sekeliling mendoakan kalian
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen positif terhadap video-video yang dimuat naik.
Mereka juga memuji usaha Daud untuk mempelajari Islam dengan sebaiknya dan tidak segan belajar bersama-sama dengan anak sulungnya walaupun sudah berusia 41 tahun.
Semoga Allah berikan hidayah sepanjang masa
Terbaik sis bimbing keluarga
Sumber: Lana Nordin