Berita gembira untuk pemohon i-Sinar, pembayaran bermula ini
Sebahagian daripada pemohon skim pengeluaran wang i-Sinar dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini berkongsi kegembiraan mereka apabila telah mendapat pembayaran hari ini.
Walaupun sebelum ini KWSP menyatakan pembayaran pertama akan dilakukan mulai 8 Januari tetapi pembayaran mulai hari ini mendapat resp0ns mengujakan bagi para penerima yang berkongsi kegembiraan di laman soslal masing-masing.
Bagaimanapun, bukan semua pemohon mendapat pembayaran mereka hari ini dan dipercayai pembayaran akan dilakukan secara berperingkat oleh KWSP.
Bekas kakitangan Utusan Melayu, Ramli Abdul Karim berkata, dia mengetahui mengenai pembayaran tersebut selepas menyemak baki akaun banknya pagi ini.
“Siapa yg mohon KWSP akaun 1… bolehlah check (perlksa)… dah masuk,” katanya dalam kumpulan WhatsApp bekas kakitangan syarikat itu yang diberhentikan kerja selepas syarikat penerbitar akhbar Melayu tertua negara itu ditutup.
Pengguna akaun Twitter, nurul@nyonyacyberdalam hantarannya pula menyatakan: “Ada orang senyum2 i-sinar dah masuk ya… tahniah kawan2.”
Manakala, pengguna akaun Twitter, Zhmhsn@the_lostkin punya menyatakan: “I-sinar dah masuk, Dividen ASB pun masuk, BPN akan masuk…”.
Pemohon-pemohon i-Sinar yang berjaya bagi Kategori 1 telah dimaklumkan mengenai status permohonan mereka mulai malam 3 Januari lepas.
KWSP menyatakan mereka yang gagal dalam permohonan kategori 1, boleh mengemukakan rayvan untuk permohonan kategori 2 yang akan dibuka mulai 11 Januari ini dengan perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan.
Keputusan permohonan malam tersebut adalah untuk pemohon yang berada dalam kategori 1, iaitu mereka yang terjej4s pendapatan disebabkan C0VlD-19 seperti kehilangan pekerjaan, mengalami pengurangan gaji, tiada sumber pendapatan dan sebagainya.
Melalui permohonan kategori 1, KWSP tidak meminta sebarang dokumen sokongan kerana agensi itu hanya melakukan semakan melalui pangkalan data ahli KWSP sahaja.
Had pengeluaran i-Sinar adalah 10 peratus daripada jumlah simpanan ahli di Akaun 1 dengan jumlah maksimum RM60,000 dan pemohon boleh memohon pembayaran di bulan pertama berjumlah RM10,000 dan bakinya dibahagi dalam lima bulan berikutnya.
Menurut KWSP, pembayaran akan dilakukan melalui akaun bank yang didaftarkan oleh pemohon dan bagi mereka yang memilih pembayaran melalui Arahan Bayaran (PO) akan menerima notis pengambilan bayaran melalui PO oleh pihak bank masing-masing sebelum 12 Januari ini. – UTUSANTV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber:rentaasia