Anak dikuarantin, ibu bapa lepas rindu walau hanya dapat ‘jenguk’ & lambai dari jauh
Sepanjang penularan pandemik Covid-19 ini, pihak kerajaan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) terhadap rakyat dengan cara mengawal pergerakan orang ramai bagi mengekang kenaikan kes wabak tersebut.
Bagi individu dari Semenanjung yang pulang ke Sabah atau Sarawak, mereka wajib menjalani ujian calitan. Manakala hanya di Sarawak, ada syarat tambahan iaitu perlu kuarantin diri terlebih dahulu sebelum boleh berjumpa dengan sesiapa.
Begitulah seperti kisah yang diceritakan oleh seorang pemuda di Twitter ini apabila dia perlu menjalani kuarantin diri sebelum dapat pulang ke rumah dan berjumpa kedua ibu bapanya di Sarawak.
Apa yang menyedihkan adalah apabila dia berkongsi gambar kedua ibu bapanya sedang menunggu di bawah panas matahari terik, sambil melambai anaknya dari bawah bangunan.
Anak kena kuarantin, ibu bapa ‘jenguk’ dari jauh
Difahamkan lagi, pada waktu itu ibu bapanya telah menghubungi dan menyuruhnya supaya menjenguk ke luar tingkap. Tanpa disangka, rupa-rupanya mereka berada di hadapan bangunan menunggu kemunculan anaknya di tepi tingkap.
Namun, alasan yang diberikan oleh ibu bapa pemuda itu cukup membuatkan ramai berasa sebak… Mereka melakukan sedimikian dek kerana perasaan rindu terhadap anak mereka setelah lama tidak berjumpa.
Malah, mereka sanggup berdiri di bawah matahari terik semata-mata ingin melihat anak tersayang. Lebih mengharukan apabila kedua-duanya dilihat tersenyum gembira walaupun hanya dapat ‘bertentang mata’ dari jauh.
“Nak nangis pula rasa, mak ayah call suruh pergi dekat tingkap dia nak tengok aku,” tulis pemuda itu.
Sedihnya, dengan panas lagi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan air mata melihat situasi keluarga tersebut.
Malah, ada juga yang menceritakan pengalaman sama seperti dialami pemuda tersebut.
Kalau aku memang dah menangis
Teringat mak ayah di kampung
Video call tak sama dengan jumpa berhadapan
Sebaknya tengok..
Ibu bapa adalah pinjaman daripada Tuhan buat kita. Masa kita bersama dengan mereka tak lama. Selagi kita boleh tatap wajah, dengar suara kedua ibu bapa kita, hargailah dengan sepenuh jiwa dan raga sebelum mereka ‘dikembalikan semula’ buat selama-lamanya..
Sumber: Twitter @reylchinoe