Khabar Duka Buat Indonesia, Semua 53 Kru Kapal Selam KRI Nanggala Disahkan Terkorban


Hari ini, perkhabaran duka menyelubungi rakyat Indonesia tambahan lagi di saat umat Islam sedang menyambut Ramadan dan bakal sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Memetik laporan Utusan TV, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto hari ini mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah meninggal dunia.

53 kru disahkan meninggal dunia

Ia berikutan selepas beberapa bahagian kapal selam terbabit ditemui melalui hasil penelitian di dasar laut.

Antara objek yang ditemui adalah kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan, kemudi selam timbul dan bahagian kapal lain.

Kenyataan itu disahkan menerusi satu sidang media hari ini.

Kapak selam terbelah 3 bahagian

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana TNI Yudo Margono turut memaklumkan keadaan kapal tersebut didapati terbelah menjadi tiga bahagian.

“Kontak ditemui dalam keadalaman 800 meter. Kemudian dikenal pasti kontak tersebut oleh MV Swift Rescue pada 07.37 waktu Indonesia.”
“Dan pada pukul 09.04, ROV Singapura mendapatkan kontak visual pada posisi 7 darjat 48 minit 56 detik selatan dan 114 derajat 51 minit 20 detik timur, tepatnya dari titik tenggelamnya Nanggala berjarak lebih kurang 15000 yard di selatan, pada kedalaman 838 meter terdapat bahagian-bahagian dari Nanggala.”
“Di sana Nanggala terbelah menjadi 3 bahagian,” tambahnya.

Terdahulu, TNI menyatakan imbasan dibuat pihak tentera mendapati kapal itu berada pada kedalaman 850 meter, jauh melebihi kemampuan kapal berkenaan untuk beroperasi dan dijangkakan anak kapal tidak dapat menyelamatkan diri.

Tonton video penuh sidang media:

Sumber: UtusanTV, Kompas, YouTube Raden Entertainment, YouTube KompasTV