“Budak tu bawah umur!” – Netizen ‘sound’ komen2 ‘gatal’ di gambar anak Ebit Lew


Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti ramai yang mengenali pendakwah bebas dan usahawan berhati emas ini.

Aktif melakukan kerja-kerja kebajikan, pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew itu sering berkongsi gambar semasa menjalankan misi bantuannya menerusi laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, seperti insan biasa lain, lelaki berusia 37 tahun itu turut berkongsi gambar-gambar bersama keluarga di laman sosial.

Baru-baru ini, Ebit memuat naik gambar bersama anaknya yang dikenali dengan nama Safiyyah di Twitter.

Kongsi gambar bersama anak

Apa yang mengejutkan adalah gambar itu dihujani komen-komen wargamaya yang membahasakan diri mereka sebagai ‘ayah’ kepada anak perempuan Ebit.

Tidak kurang juga ada yang masuk ‘line’ menyatakan hasrat ingin menjadi menantu kepada Ebit.

   

Ramai yang menyifatkan perbuatan individu-individu tersebut sebagai tidak sopan dan tidak wajar berlaku. Mana tidaknya, Safiyyah baru sahaja berusia 12 tahun sekaligus meletakkan dirinya sebagai kanak-kanak bawah umur!

Budak tu masih sekolah rendah!

“Berhenti biasakan perangai ‘gatal’ pada budak kecil! Perbuatan ini kurang ajar dan boleh dianggap pedofilia!” tulis seorang pengguna Twitter tentang isu tersebut.

Mungkin bagi mereka, ia hanya dianggap sebagai gurauan tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan gurauan ‘gatal’ terhadap kanak-kanak.

Menunjukkan kebodohan

Dah terlalu ‘biasa’ sampai tak sedar

Gatal dan jijik

Jangan ‘show off’ diri tu ‘pedo’

 

Gurauan menjengkelkan

 

Kedengaran remeh, tapi hal ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia dikategorikan sebagai ‘sexual harrassment’ terhadap kanak-kanak bawah umur dan boleh menyumbang kepada ‘pedofilia’.

Sumber: Twitter @Ebitlew_, Twitter @AishahAmin8