“Raya tahun ni rumah mak tak dapat, rumah mertua pun tak dapat.” -Konstabel maut tertembak


Berita tentang kejadian seorang anggota polis berpangkat konstabel meninggal dunia dipercayai kerana tertembak oleh rakan sendri di rumah sewa semalam benar-benar mengejutkan.

Mangsa, Norhalim Tumiran, 25, baru bertugas di Unit Ronda Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu kurang dari sebulan sebelum kejadian yang meragut nyawanya itu.

Luahan terakhir di status FB

Mangsa yang berasal dari Pahang telah meninggalkan seorag isteri dan seorang anak kecil berusia lebih setahun.

Apa yang menyentuh hati adalah status terakhirnya di Facebook apabila memaklumkan tahun ini tidak dapat beraya bersama keluarga, baik di rumah keluarga  sendiri mahupun keluarga mertua kerana tugas.

Baru sambut anniversary

Mangsa yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga juga baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada pertengahan April lalu.

Rupanya dua2 tempat tak dapat beraya

Melihat dari status terakhir mangsa, ramai warganet mulai memenuhi ruangan komen dengan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota polis berpangkat kostabel itu.

Masing-masing meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan pemergiannya yang jauh dari keluarga dan dihujung Ramadan ini. Mereka juga sempat memanjatkan doa berharap agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Salam takziah buat isteri & keluarga

Macam ada makna posting ni

Rupanya allahyarham beraya disana

Sumber: Nor Halim