MasyaAllah,Kalimah Suci Allah Jelas Kelihatan Pada Belahan Buah Pinang


MasyaAllah,Kalimah Suci Allah Jelas Kelihatan Pada Belahan Buah Pinang

Allah menciptakan susunan alam semesta secara terperinci untuk membolehkan manusia memahami kehebatan-Nya. Sebuah ayat yang merujuk kepada perintah ini berbunyi,

“… supaya anda tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah merangkumi semua perkara dalam pengetahuan-Nya.” (Qur’an, 65:12)

Saban hari kita menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Meskipun kini pergerakan kita terbatas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menyekat peluang untuk menyaksikan pelbagai ciptaan Allah SWT. Semua makhluk yang berada di sekeliling kita adalah ciptaan-Nya. Haiwan, serangga, tumbuhan, bukit, sungai, tanah, langit termasuk diri kita sendiri semuanya adalah makhluk yang dicipta oleh Allah.

Adakah kita menginsafi kejadian alam ciptaan Allah SWT itu? Adakah kita fikir betapa berkuasanya Allah SWT dalam mencipta alam ini dan betapa lemahnya manusia? Adakah iman kita meningkat selepas menyaksikan sendiri keindahan ciptaan Allah SWT di atas muka bumi ini?