Baru Kenal Dua Minggu di Laman Sosial. Lelaki Pakistan Didakwa R0mpak, Rog0I Wanita Dalam Kereta

Seorang penganggur warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini kerana didakwa merog#l, meromp4k dan melakukan persetubvhan luar tabii terhadap seorang wanita.
Difahamkan tertuduh baru mengenali wanita yang juga mngsa menerusi laman sosial kira-kira dua minggu lalu.
Hayat Shamas,24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Berdasarkan pertuduhan pertama tertuduh didakwa merog#l mngsa berusia 22 tahun tanpa kerelaan dan telah meletakkan mngsa dalam ketakutan, kem4tian atau kecederaan.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Sksyen 376(2) Kanun Kesksaan yang memperuntukkan hukuman pnjara sepuluh hingga 30 tahun dan sebatan.
Hayat juga dituduh melakukan persetubvhan luar tabii dan kesalahan itu didakwa mengikut Sksyen 377C Kanun Kesksaan dan berdepan hukuman pnjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa meromp4k seutas gelang tangan dan cincin emas mngsa dianggarkan RM4,900.
Rompakan itu dibuat dengan bersenjatakan pisau yang boleh menyebabkan kem4tian dan didakwa mengikut Sksyen 392 Kanun Kesksaan yang boleh dipnjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah ken­deraan jenis Proton Preve di tepi jalan Lebuh Sungai Udang- Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA), Ayer Keroh di sini, kira-kira pukul 1.15 pagi, 6 Ogos lalu.
Tertuduh yang diwakili peguam Kharen Jit Kaur merayu mahkamah membenarkan ikan jamin dengan alasan anak guamnya telah bertunang dengan warga Malaysia dan dalam urusan menguruskan pernikahan yang dijadual berlangsung September depan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos bagaimanapun membantah sebarang jaminan dengan mengambil kira tertuduh bukan warganegara selain mengenali tempat tinggal mngsa.
Hanya tunang tertuduh dibenarkan jadi penjamin
Bagaimanapun Hayatul Wirdah memohon mahkamah menggunakan budi bicara dan mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan hanya tunang tertuduh sebagai penjamin.
Elesabet menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat hanya tunangnya sebagai penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak dibenarkan mengacau ganggu mngsa.
Sumber: sinar