Dakwa ayam McD berulat, gadis minta maaf mengaku sengaja sebar fitnah
Baru-baru ini tular di media sosial terutamanya di Twitter apabila seorang gadis menggunakan nama akaun arabella mendakwa menerima menu ayam goreng yang sudah berulat di restoran makanan segera McDonald.
Pengakuan sebenar
Pengguna tersebut turut menyertakan sekali gambar ayam goreng itu sehingga mendatangkan rasa mual dalam kalangan warganet semua.
Namun begitu, sebentar tadi, pengguna akaun Twitter yang sama telah membuat satu kenyataan terbuka apabila memaklumkan bahawa dakwaan yang dibuat olehnya tidak tepat.
Sebenarnya beli dah beberapa hari
Arabella menyatakan bahawa tindakannya meluahkan perkara tersebut di laman sosial sehingga tular adalah satu tindakan yang terburu-buru kerana ayam goreng itu sebenarnya sudah beberapa hari dibeli dan dibiarkan dalam suhu persekitaran.
Jadi, ayam goreng tersebut telah tercemar sehingga terdapat ulat diatas permukaannya. Dia yang kesal dengan apa yang berlaku telah memohon maaf kepada pihak McDonald’s Malaysia diatas segala dakwaan yang dibuat.
Menyesal dengan apa yang dilakukan
Disebabkan itu, dia berjanji untuk menghapuskan Tweet tersebut dan menyesali apa yang telah berlaku.
Di akhir perkongsian itu, dia menyatakan bahawa muat naik permohonan maaf yang dilakukan tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak dan datang daripada dirinya sendiri.
Takutnya orang menipu penuh confident
Sehubungan dengan kenyataan yang dilakukan di akaun Twitter gadis tersebut, media sosialnya telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet.
Ada yang mengecam tindakan arabella itu kerana dilihat sebagai satu bentuk fitnah sehingga mengundang rasa panik warganet dan ada juga yang memandang perkara ini sebagai satu bentuk pengajaran kerana boleh membuatkan pihak yang difitnah menyaman kembali pengguna Twitter.
Nak minta ganti free latu
Tak marah tapi kecewa
Bahaya dia ni boleh jatuh business orang
Sumber: arabella