Wanita Ini Dipuji Hebat Sebab Izinkan Suami P0Iigami. Sekali Asiah Jalil Kata ‘T0ksahlah Nak Sanjung..’


Sejak semalam tular gambar seorang wanita mengiringi ke majlis pernikahan suami sendiri.

Hantaran yang ditulis wanita terbabit, “Ke majlis sanding suamiku..” bersama beberapa keping gambar suaminya lengkap persalinan perkahwinan telah mencurl tumpuan ramai.

Mungkin sesetengah orang bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Siapa sangka, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, RosyiIah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian RosyiIah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media soslal sehingga mendapat pelbagai reaksl netlzen.

RosyiIah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Asiah Jalil kata t0ksahlah nak sanjung.. 

Namun ketika orang ramai memuji RosyiIah sebab wanita hebat seperti yang dikongsikan oleh sebuah laman Facebook, seorang pegvam kntr0versi berpandangan sebaliknya.

Menerusi satu hantaran, pegvam dan aktivis dikenali, Asiah Abd Jalil berkongsi tngkap layar yang mengucapkan tahniah dan memuji RosyiIah.

Asiah turut mengulas perkara itu dengan meminta orang ramai tidak menyanjung RosyiIah.

” Isteri-isteri Nabi pun kalau diberi pilihan, tak nak hidup bermadu. Setiap kali Nabi mengahwini isteri baru, isteri-isteri sedia ada akan bermasam muka.

” Ironinya, Nabi menghar4mkan puteri baginda, Fatimah, daripada dimadukan oleh Saidina Ali.

” Walhal Nabi sendiri praktis p0Iigami. Sebab Nabi tahu, p0Iigami sangat melukakan hati seorang perempuan.

” So t0ksahlah nak sanjung perempuan-perempuan lemblk yang terima p0Iigami sebagai jalan ke syurga.” tulis Asiah.

Terdahulu, RosyiIah memberitahu dia tidak pernah mengh4lang suaminya berp0Iigami sama ada dengan anak dara atau pun janda, malah dia sendiri membantu mencari calon isteri lain buat suami.

Gambar RosyiIah yang juga jurumekap artis sambilan itu menemani suaminya ke majlis perkahwinan di lalu di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang yang tular di media soslal.

Madu adalah calon ke-8

Katanya, madunya itu adalah calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas ggal dalam pencarian sebelum ini.

” Saya tidak h4lang suami untuk berp0Iigami lagi sebab suami hajat untuk berp0Iigami selepas kami berkahwin.

” Sebelum ini ada tujuh calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan p0Iigami ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini hari ini.

Katanya, calon kelapan ini kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran syarikat milik suaminya.

” Semasa temuduga saya tengok reaksl suami suka pada wanita itu dan saya boleh baca dan faham keadaannya selepas dia diterima kerja sehari kemudian.

” Seminggu selepas itu suami menyatakan hasrat kepada Ain dan setuju untuk kahwin sebelum mereka bertunang pada 15 Mac lalu,” katanya.

RosyiIah berasal dari Alor Janggus, Alor Setar adalah ibu tvnggal kepada dua anak perempuan mendirikan rumah tangga bersama Khubaib pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Suaminya itu pula mempunyai enam cahaya mata iaitu dua perempuan serta empat lelaki hasil perkahwinan pertama dan lapan anak tinggal bersama mereka, manakala anak bongsu Khubaib tinggal dengan bekas isteri pertama di Kelantan.

Sumber: FB Asiah Abd Jalil