PM Bagitahu Kesan Pengeluaran akaun 1 KWSP, Sekali Najib Tak Puas Hati


Sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di SMK Bukit Pasir, hari ini. – Foto BERNAMA

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini

Najib sekali lagi tampil bertegas mahu kerajaan pertimbangkan cadangan beliau

Najib Mahu PM Pertimbang Semula

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” kata PM8.

Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum top-up semula pada masa depan apabila keadaan pulih?

Bukan keluarkan semua tapi hadkan kepada pengeluaran “one-off” sehingga RM10k.

Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan BN buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK.

Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa Rakyat adalah kroni sebenar kita.

Mohon PM8 pertimbang semula.