Kecoh di media sosial, netizen teruja betul ke Neelofa & PU Riz bertunang?
Kecoh di laman sosial Twitter mengenai desas-desus yang didakwa terdapat majlis pertunangan antara selebriti popular Neelofa dan pendakwah serta pelakon, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Dah tunang ke?
Sebelum & selepas pakai cincin?
Patah hati…
Tinjauan menerusi page Instagram peminat @lofa.page, rata-rata berkongsi gambar dan video majlis yang dihadiri oleh pasangan tersebut sehingga mencetuskan persoalan adakah benar mereka telah bertunang?
Ini kerana gambar dan video itu dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila dan Ameera Khan seolah-olah memberi bayangan mengenai perkara berkenaan.
Terdahulu, selebriti yang juga usahawan itu ada berkongsi menerusi Instastory yang berharap supaya urusan beliau hari ini diberkati selain dipermudahkan Allah SWT.
“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala perancangan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perkara ini. (Senyuman di sebalik niqab),” tulisnya.
Bagaimanapun memetik laporan Utusan, pihak mereka cuba mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut namun bekas pengacara MeleTOP itu gagal dihubungi.
Sumber: Twitter , Neelofa , Instagram , Utusan (Alif Fadli)